Friday, 27 February 2015

Temu Bual Bersama Mentor





Tujuan
Kami pelajar  Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dari Program Diploma Perniagaantani Semester 4 ingin menemu bual pihak tuan bagi menjayakan projek dalam subjek Keusahawantani SAB 2402. Kami memilih tajuk  lebah madu untuk projek yang dijalankan. Oleh itu, kami ingin memilih syarikat tuan sebagai idola kami untuk mendapatkan serba sedikit maklumat bagi menjayakan projek yang dilakukan :
Soalan-soalan yang dikemukakan:
a)      Tentang latar belakang syarikat:


nama syarikat  
:
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gading Lundu
Tarikh penubuhan
:
10 Oktober 1983
visi
:
ke arah melahirkan peladang yang progresif dan berpendapatan tinggi.
Misi
:
pertubuhan peladang kawasan Sri Gading komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memacu pembangunan komersial industri pertanian ahli-ahli.
Objektif syarikat

:
·         PPK Sri Gading ditadbir dan diurus oleh barisan anggota pengurusan yang berkemahiran, berintegriti dan berkesan bertepatan dengan tuntutan perundangan dan peraturan Pengurusan Pertubuhan Peladang.
·         Pengwujudan Usahawan Peladang melalui penglibatan ahli dan Unit Peladang dalam bidang pengeluaran serta pemprosesan hasil-hasil pertanian dan pemasaran.
·         Untuk membangunkan khidmat pemasaran yang komprehensif yang melibatkan nilai tambah produk, kemudahan dan sistem pemasaran yang terkini.
·         Pengukuhan kedudukan kewangan PPK Sri Gading agar menjadi badan perniagaan peladang yang mampu memberi khidmat ekonomi dan sosial yang berkesan kepada ahli-ahli.
·         Peningkatan kemahiran dan keupayaan modal insan di peringkat Pertubuhan Peladang dan ahli-ahli untuk menjayakan peranan masing-masing dengan cekap dan berkesan.



b)     Latar belakang pemilik syarikat

Nama
:
Encik Mani Bin Salleh
Alamat Tetap
:
No 12. Kg Belungai 94800 Lundu, Sarawak
Status
:
Berkahwin
Taraf pendidikan
:
Lepasan Diploma Perniagaantani Universiti Pertanian Malaysia Kampus Bintulu. (1992)

Jawatan
:
Pengurus Besar PPK
Umur
:
44 tahun
Warganegara
:
Malaysia
Agama
:
Islam
Pengalaman kerja
:
Pengurus Besar 1997-2004 di Jabatan Pertanian Limbang




c)      Struktur Organisasi
1.      Jawatan yang terdapat dalam organisasi





d)     Sumber manusia
1.      Perancangan sumber manusia
Pengambilan pekerja dalam pengusahaan madu kelulut bagi memenuhi carta organisasi adalah dikalangan PPK. Mereka akan menggalas jawatan sebagai pengurus dan mencari pengusaha yang berminat dalam bidang madu kelulut. Bagi mereka yang tidak berkemampuan pihak kewangan akan membekalkan dana kepada mereka untuk menceburi bidang tersebut. Manakala, bagi mereka yang mempunyai modal sendiri hanya akan diberi seminar atau kursus sebagai garis panduan. Seterusnya, membuat perjanjian antara pihak pengurusan dan pengusaha melalui urusan jual beli.

2.      Jumlah pengambilan pekerja (Jawatan yang ditawarkan)
Enam orang yang diperlukan untuk memenuhi carta organisasi.
3.      Kaedah pemilihan pekerja
Pemilihan dalam kalangan PPK serta menjemput sesiapa yang berminat untuk ahli PPK.
           4.      Latihan pembangunan (cara latihan kepada pekerja dan penilaian)
Setiap pengurus yang terlibat atau peniaga yang berminat akan dikehendaki untuk menghadiri seminar atau kursus bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penternakan madu lebah.
5.      Pentadbiran (pampasan, gaji, bonus, KWSP, SOCSO)
o   Gaji asas – RM 1100
o   Gaji asas pengurus besar – RM 3000
o   Elaun tempat tinggal
o   Elaun kenderaan
o   Elaun makanan


e)      Pemasaran
1.      Persekitaran pemasaran
·         Pelanggan (keperluan,kehendak,permintaan)


·         Persekitaran sosial dan budaya (cara hidup, agama , amalan masyarakat sekeliling)
Memasarkan berdasarkan sosial dan budaya pengguna yang mempercayai bahawa madu mempunyai khasiatnya tersendiri.
Logo ‘halal’ yang mampu menarik perhatian serta kandungan nutrisi yang di labelkan

·         Persekitaran Teknologi
Menggunakan teknologi untuk mengkormesialkan madu kelulut iaitu menggunakan teknologi komputer dan internet dalam pemasaran e-dagang.


·         Persekitaran ekonomi ( pendapatan)
Perubahan ekonomi mampu mempengaruhi pasaran dan kuasa beli.


·         Persekitaran saingan (jenama, tempatan, antarabangsa)
Summer Pasific lebih menumpukan menghasilan madu asli.
Kelebihan pesaing ialah harga lebih murah berbanding madu kelulut
Kekurangan kandungan khasiat lebih kurang berbanding madu kelulut


·         Cara perletakan harga (berasaskan kos, mengikut jenis produk dan kualiti)


·         Cara promosi (pengiklanan , sosial media, multimedia)
Menggunakan pengiklanan melalui internet seperti facebook, blog, tentang khasiat dan kelebihan madu kelulut. Contoh laman web ialah www.ppksrigading.com.my
Menggunakan pengiklanan luar seperti memasang poster pada tiang lampu, dinding bangunan agar menarik perhatian pengguna.
Mengikuti anjuran MAHA
Menggunakan strategi jualan persendirian


·        Cara pengagihan
                                                                    i.            Pengeluar kepada Pelanggan.
                                                                  ii.            Pengeluar kepada peruncit kepada pengguna.


f)       Operasi


 Input utama kepada proses pengeluaran kepada output.

-Sumber manusia
-Vacuum madu
-Madu lebah dalam botol
-Bahan mentah
Koloni
·         Lock kayu
·         Kotak
·         Batang kayu
-Memasak
-Botol
-Rawatan
-Sticker label
-Pembungkusan
-pelabelan

1.      Cara-cara pengendalian Input Utama:
·         Kenalpasti lokasi yang terdapat di dalam hutan dimana keberadaan lebah kelulut pada batang pokok.



       


·         Kelulut bersarang di batang kayu.



·         Setelah koloni kelulut dijumpai, pokok akan ditebang 3 kaki kebawah dan ke atas.
·         Keratan batang kayu tersebut dipanggil “lock kayu”.
·         Bawa balik pada waktu malam ini kerana pada waktu malam koloni berada didalam sarangnya. Jika pada waktu siang kebarangkalian lebih tinggi untuk koloni tidak berada dalam sangkar untuk mencari madu.


  

Kemudian setelah selesai, lock kayu dibawa pulang dan diletakkan dirumah yang disediakan dan ditutup dengan kotak yang khas.


·         Setelah 21 hari kemudian dituai hasilnya menggunakan mesin ‘vacuum’.
·         ‘vacuum’ tersebut digunakan untuk menyedut madu.
·         Madu dihantar ke tempat pemprosesan

·         Madu akan ditapis terlebih dahulu.
·         Kemudian akan dimasak mengikut cara yang ditunjukkan di atas.
·         Madu yang dimasak akan disejukkan sebelum pembungkusan dilakukan.
·         Akhir sekali, dibotolkan dan di labelkan sticker yang mempunyai tanda HALAL, barkod,dan  nutrisi.

g)      Kewangan
1.      Bantuan kewangan

·         Melalui bantuan PPK bagi pengusaha yang berminat dan mempunyai tanah akan diberi modal bahan seperti kotak, koloni dan sebagainya serta kursus mengenai cara pengusahaan.
·         Manakala bagi mereka yang mempunyai modal sendiri akan diberi kursus sahaja.
·         Mereka akan buat satu perjanjian dengan pihak PPK untuk urusan jual beli agar mudah untuk dipasarkan.

2.      Harga madu kelulut sebelum diproses ialah RM80.00 per Kg

3.      Harga madu kelulut setelah diproses ialah RM120.00 per Kg

Gambar ketika sesi temu bual


Semasa temu bual

Selepas sesi temu bual









1 comment:

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian berada di atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerjasama. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans @ lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete