Tuesday, 24 February 2015

Temu Bual Bersama FAMA (Pemasaran)

Nama penemubual: Jumput anak Kanyan
Jawatan:Pegawai Fama Bintulu
Umur:29 tahun
Asal: Sibu Sarawak
Jurusan: Marketing
Alamat:Pejabat FAMA Bahagian Bintulu No.241,Phase 3,Parkcity Commerce Square
            Jalan Tun Ahmad Zaidi, P .O Box 1784,97000 Bintulu Sarawak.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Autority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia.FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia,menyelaras dan memajukan pemasaran keluaran Pertanian Malaysia ,termasuk aktiviti import dan eksport.


FAMA juga bertujuan untuk urus niaga proses jual beli antara komuniti ,ia berfungsi sebagai orang tengah dan penstabil pasaran.FAMA membantu pekebun pekebun kecil untuk memasarkan hasil pertanian mereka di dalam pemasaran ,pemantaun dan bantuan mesin,jentera dan sebagainya.

Terdapat pelbagai projek utama yang terdapat di dalam FAMA.Antaranya ialah ladang kontrak danprogram ladang.Program ladang kontrak adalah salah satu projek yang diperkenalkan untuk membantu pekebun pekebun kecil untuk menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka untuk mendapat pulangan yang setimpal.Program ini dijalankan dibawah kerajaan yang melibatkan Pertubuhan Peladang dan banyak lagi pertubuhan dibawah kerajaan yang lain.Para petani akan melakukan kontrak dengan FAMA iaitu dengan bersetuju membantu memasarkan hasil pertanian  yang dikeluarkan mengikut jumlah yang dikeluarkan.

Selain itu juga, FAMA telah mewujudkan pusat pengumpulan ladang.Projek ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran yang dihadapi oleh petani dengan melalui amalan pengendalian hasil lepas tuai,penggredan,perlebelan untuk memasarkan produk produk pertanian yang telah dikeluarkan.Pusat pengumpulan Ladang biasanya akan mengambil hasil tuaian buah buahan dan sayur sayuran untuk dipasarkan.Sebarang aktiviti sebelum pemasaran akan dilakukan di pusat pengumpulan.

Seterusnya menurut encik Jumput,Agro Bazaar,Kedai Rakyat, dan Pasar Tani merupakan salah satu daripada program pembanggunan usahawan di bawah bimbingan FAMA kebiasaanya pasar Tani tersebut mestilah menggunakan payung daripada FAMA.Ini merupakan salah satu cara atau lambang kejayaan antara usahawan dan FAMA untuk memasarkan produk pertanian yang dihasilkan.Ia juga merupakan salah saluran kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan hasil pertanian seperti buah buahan dan sayur sayuran yang berkualiti serta memudahkan pengguna kerana boleh didapati secara terus.

Selain itu juga terdapat pelbagai program lain untuk membantu pekebun kecil memasarkan produk mereka antaranya ialah program motosikal tiga roda,Agromas pembangunan urusniaga dan pelbagai lagi untuk memastikan usahawan melakukan aktiviti pertanian secara berterusan sehingga berjaya.

Antara syarat syarat penyertaan motosikal tiga roda ialah:
1.Warganegara Malaysia
2.Mempunyai lesen memandu kelas B2.
3.Menandatangani Aku Janji penjagaan dan penyelenggaraan motosikal tersebut.


Syarat syarat penyertaan Agroobazar:
1.Warganegara Malaysia yang telah menjalankan perniagaan
2.Berumur 20 tahun dan tidak lebih 60 tahun semasa permohonan
3.Mempunyai lesen perniagaan
4.Cara memohon dengan mengisi borang permohonan Agrobazaar dan serahkan permohonan kepada pejabat FAMA atau pejabat FAMA daerah yang berhampiran.

Antara contoh borang permohonan yang diperlukan seperti berikut:







Post by Akmal Bin Hasan S19696

No comments:

Post a Comment