Friday, 27 February 2015

Temu Bual Bersama Kilang Sos Cili (Operasi)


Sesi Temu Bual dijalankan

Tarikh
:
5 Januari 2015
Masa
:
3.00 petang
Pihak Yang Kami Berurusan
:
En. Awang
Jawatan
:
Pengurus Persatuan Nelayan Bintulu
Pihak Yang Ditemu Bual
:
Puan Mastura
Jawatan
:
Ketua Operasi Bahagian Kilang Sos
Umur
:
32 tahun
Pengalaman bekerja
:
Bekerja di kilang sos selama 3 tahun
Bertempat
:
Proneb. Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu
Lot 891, Ground Floor Bintulu Local Centre 1,
Kidurong, Block 25 Kdl 97000
Tel
:
086-330 025
Fax
:
086-331 905

Pendahuluan

Dalam perniagaan, sesebuah firma kecil biasanya lini keluaran terhad. Secara relatifnya, jumlah keluaran yang kecil memudahkan proses pengeluaran dilakukan. Walau bagaimanapun terdapat banyak organisasi di Malaysia yang mempunyai lini pengeluaran yang banyak dan ini pastinya memerlukan kepakaran, kemahiran serta sistem yang baik bagi menguruskan proses pengeluaran setiap produk.kegagalan pihak pengurusan dalan pengurusan keluaran mengakibatkan produk yang dikeluarkan tidak mengikut jadual, kurang berkualiti dan ini seterusnya menjejaskan permintaan keluaran di pasaran serta reputasi syarikat.





Sumber-sumber Utama Proses Pengeluaran 





Jenis Perniagaan

Pengeluar Makanan Sos Cili Botol.


Input Utama

BAHAN-BAHAN
CARA-CARA
A
  •    Cili Kering


Ø  Cili kering akan diasingkan iaitu untuk proses pengasingan untuk memilih cili kering yang berkualiti.
Ø  Seterusnya, potong secara kasar.
Ø  Rendam dengan air panas.
Ø  Cuci sampai bersih.
Ø  Kisar secara kasar.
Ø  Kisar secara halus.
Ø  Masak cili tersebut.
B
  •  Air 
  • Gula
  • garam
  • tepung pemekat
  • bawang putih
  • bawang merah
  • sesar unjur
  • cuka
  •  bahan pengawet yang dibenarkan


Ø  Kisar ke semua bahan B.
C
  •           A+B


Ø  Campurkan kesemua bahan A dan B.
Ø  Masakkan kesemua bahan tersebut pada suhu sederhana selama 7- 8 jam.


Proses Pengeluaran

Ø  Membersihkan botol yang tersedia serta dikeringkan bagi memastikan tiada kuman yang terlekat pada botol.
Ø  Proses pembungkusan berlaku setelah input utama selesai dimasak.
Ø  Dari segi pembungkusan, perlabelan dilakukan pada setiap botol mengikut jenis masing-masing.
Ø  Maklumat yang terdapat pada perlabelan tersebut ialah:

a.       Bahan – bahan yang digunakan.
b.      Tarikh luput.
c.       Barkod (kemudahan di pasaraya )
d.      Logo MESTI (produk Malaysia)
e.       Logo HALAL ( diiktiraf JAKIM)
f.       Logo 1 MALAYSIA BEST

Output
Ø  Hasil pengeluaran output :

a.       Sos cili botol


·         Pengeluaran hasil sos cili sebulan ialah 3000 botol (bergantung kepada permintaan).

·         Sumber kemanusiaan yang terdapat pada kilang tersebut ialah 3 orang. Dimana merek yang akan menguruskan operasi yang dijalankan.



Lampiran


Sijil MESTI

Sijil Harta Intelek

Sijil Halal








No comments:

Post a Comment