Sunday, 1 February 2015

Temu Bual Bersama Lembaga LADA Bintulu ( Sumber Manusia )



Bahagian Sumber Manusia


Kami telah menemuramah Pegawai Cawangan Bintulu dari Lembaga Lada Malaysia pada bulan Januari yang lalu.

Nama : Clifford Terry Ningkan
Hari : Khamis
Tarikh : 15/01/2015

Kami telah menemu ramah beliau mengenai bahagian sumber manusia, iaitu setiap perkara yang berkaitan dengan pekerja iaitu perkara mengenai kebajikan,pengambilan pekerja, disiplin, masalah, pembahagian, dan juga gaji pekerja.
Bahagian sumber manusia merupakan bahagian yang unik kerana bahagian ini menguruskan manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan juga pemikiran.Sesungguhnya pemikiran manusia amatlah rumit, pelbagai dan subjektif.oleh tu, tiada cara salah dan betul yang boleh diskopkan dengan tepat. Hal ini kerana,  setiap cara pengurusan manusia terdapat cara yang salah nampak betul dan salah nampak betul. Oleh itu, orang yang bertanggungjawab dalam bahagian ini haruslah mempunyai pelbagai cara dan pemikiran untuk mengurus bahagian kemanusiaan.
Melalui temu ramah daripada beliau, dalam Lembaga Lada di Bintulu hanya mempunyai 9 orang pekerja kerana cawangan kecil sahaja. Ianya terdiri daripada:
  • Pengurus Besar
  • Penolong Pengurus
  • Pengurus Stor
  • Bahagian Jualan
  • Pekerja am- 3 orang
  •  Kerani – 2 orang
Seterusnya, cara pengambilan pekerja (Reqruition)
1.       Bergantung dengan kekosongan jawatan yang terdapat pada sesuatu jawatan mengikut cawangan.
2.       Perlu melalui bahagian sumber manusia di Bahagian Utama (Headquarters) di Kuching.

·         Setiap temuduga dilakukan oleh pihak Kuching.
·         Berkait juga dengan Jawatan Perkhidmatan Awam (JPA).
·         Setiap pengambilan pekerja tetap perlulah melalui JPA.
·         Pekerja tertakluk dengan Gred Pekerja yang ditetapkan leh pihak kerajaan mengikut kelulusan pengajian.

3.       Jika pekerja sambilan, tidak perlu melalui JPA.
4.       Namun begitu, pekerja sambilan haruslah menandatangani kontrak jika ingin bekerja sambilan.
5.       Ketika proses temu duga pengambilan pekerja, pihak yang berwajib hendaklah bijak mengatur jawatan yang terbaik dan sesuai untuk pekerja tersebut dengan karakter dan kemampuan mereka.

Jika terdapat pekerja membuat masalah disiplin.Antara masalah yang dilakukan ialah:
  • Datang lewat ke tempat kerja.
  • Ponteng kerja tanpa sebab musabab yang logik dan tanpa bukti seperti surat dari doctor atau dari orang yang diiktiraf.
  • Melakukan kes-kes jenayah seperti mencuri, masalah seksual dan sebagainya.

Antara tindakan yang akan dikenakan ialah:
  • Surat amaran bagi kali pertama  untuk kesalahan kali pertama.
  • Surat amaran kali kedua serta kaunseling bagi kesalahn kali kedua.
  • Surat pemecatan jika kesalahan yang sama berulang dan ini adalah langkah yang terakhir setelah setiap cara tidak memberi kesan dan perubahan kepada pekerja yang bermasalah.
  •   Nama pekerjatersebut mungkin akan disenarai hitam.
  • Jika berhenti secara 24 jam akan dikenakan denda sebanyak gaji 3 bulan dan perlu melalui mahkamah.


Syarat-syarat perletakan jawatan ialah:
  • Memberi surat perletakan jawatan sebelum 3 bulan tarikh berhenti kerja.
  •   Sudah mencapai tahap dan masa untuk bersara.




No comments:

Post a Comment